Wednesday, 10 December 2014

ESEI KUMPULAN


 


GGGE 2153 (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)
PRESTASI AKADEMIK DALAM KALANGAN ATLET

 


PENSYARAH:
MOHD JASMAY ABD RAHMAN
AHLI KUMPULAN:
STEPHENIE BENET A143817
SARA NADUWAA JABBAR A143803
MUHAMAD SHUKRI JOHARI A146751
MUHAMAD SYAZANI AZMAN A143808
AHMAD HILMI AHMAD KAMAL A143796
MOHAMAD AZUWAN  RAHMAT  A143815
NUR HIDAYATUL BASIRAH  SIDIK  A143809

 


FAKULTI PENDIDIKAN (SUKAN DAN REKREASI)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2014




1.0                  PENGENALAN
Kumpulan kami telah diberi tajuk Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Atlet di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai fokus projek kajian kursus GGGE2153 iaitu Teknologi Pendidikan.
Mengikut Omardin Ashaari (1996) kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkahlangkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan itu akan tercapai pada maksimumnya. Sebenarnya kecemerlangan akademik meliputi pelbagai aspek seperti peruntukan kewangan, hala tuju program kecemerlangan sekolah, aktiviti perkembangan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber, aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti berkaitan. Dalam hal ini lazimnya pihak pengetua adalah bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan pengajaran, pengurusan dalam bilik darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik komputer, kewangan dan pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.

2.0                  LATAR BELAKANG KAJIAN

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti bukan lagi perkara asing. Mahasiswa yang berkecimpung dalam sukan atau lebih dikenali sebagai atlet ini biasanya diberi kelebihan untuk memasuki universiti. Bahkan, sesetengah kursus telah menetapkan  syarat agar pelajar yang diserap masuk mestilah aktif dalam sukan. Dalam kata lain, pelajar yang aktif bersukan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malah ,ada yang lebih istimewa lagi atlet akan ditawarkan untuk meneruskan pelajaran oleh pihak universiti sendiri.
Maka satu kajian deskriptif dijalankan yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Kajian ini juga bertujuan memantau adakah pencapaian akademik dan sukan atlet tersebut seiring. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang individu. Walaupun mahasiswa tersebut aktif dalam sukan, namun mereka juga harus mempunyai sijil kelayakan untuk membolehkan mereka menceburi bidang pekerjaan suatu hari nanti.
Pendidikan dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Walaupun telah  terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, namun kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat masih lagi berpendapat penglibatan  secara aktif dalam sukan akan menyebabkan prestasi akademik merosot. Ada yang berpendapat bahawa mereka yang terlibat dengan aktiviti sukan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seringkali tidak pandai membahagikan masa untuk belajar dan bersukan.
Prestasi akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujukkan kepada masa  yang banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti rekreasi.  Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian dibuat bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983) misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik.
Coleman (1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.

Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk memantau prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan pencapaian mahasiswa yang bergiat aktif dalam sukan.





3.0      PERNYATAAN MASALAH/PERSOALAN

Segelintir masyarakat, terutamanya masyarakat luar bandar masih lagi percaya bahawa penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi akademik anak-anak mereka. Hal ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak-anak mereka dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa depan kerjaya anak-anak. Mereka tidak sedar bahwa sudah ramai atlet yang berjaya di luar sana disebabkan pencapaian yang amat cemerlang dalam sukan. Mereka berfikir hanya dengan belajar sahaja anak mereka akan berjaya.

Bagi sesetengah individu pula, mereka gusar akan kesuntukan masa untuk belajar apabila terlibat dengan sukan. Mereka menganggap sukan ini hanyalah mengganggu proses pembelajaran mereka dan hanyalah membazir masa. Mereka tidak sedar bahawa banyak manfaatnya dengan bersukan. Jadi bagi memastikan apakah benar bahawa tanggapan yang dibuat oleh mahasiswa, maka kami telah menyediakan borang  soal selidik bagi mengkaji permasalahan ini.

Berikut merupakan persoalan kajian :
3.1  Adakah prestasi akademik dan sukan setaraf dalam kalangan mahasiswa?
3.2  Adakah kegiatan sukan mempengaruhi keputusan peperiksaan mahasiswa?
3.3  Adakah mahasiswa membahagikan masa sama rata untuk belajar dan bersukan?





 4.0     OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk meninjau prestasi akademik dalam kalangan atlet. Berikut merupakan beberapa objektif kajian ini :
3.1 Mengenalpasti tahap pencapaian atlet dari segi akademik dan prestasi sukan.
3.2  Mengetahui sama ada kegiatan sukan mempengaruhi keputusan peperiksaan para mahasiswa.
3.3  Mengenalpasti adakah pelajar membahagikan masa dengan bijak untuk belajar dan juga bersukan.

5.0  METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian hasil daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada segelintir mahasiswa. Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Hal ini akan memudahkan penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat daripada responden dan menjalankan kajian dengan lebih mudah dan tepat.

Satu set soalan soal selidik telah dibuat dan diedarkan untuk mengumpul data. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian sahaja dan menggunakan lima skala bagi mendapatkan jawapan daripada mahasiswa.

     Bahagian pertama merupakan bahagian biodata ataupun latar belakang responden, manakala bahagian kedua ialah penilaian berkaitan dengan prestasi atlet dalam bidang sukan, kebajikan atlet dan pembahagian masa para atlet.


6.0  KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu bersukan dan belajar. Kami juga ingin melihat sama ada betulkah bahawa dengan bergiat aktif dalam sukan, prestasi akademik seseorang akan merosot.

Pengkaji berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam melaksanakan aktiviti akademik dan aktiviti sukan. Hal ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi dalam aktiviti akademik dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan aktiviti bersukan.

Pelajar di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa belajar mereka.

Pentadbir universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Pemahaman ibu-bapa pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.
7.0 LOKASI/SKOP KAJIAN

Lokasi bagi kajian ini adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu temppat belajar bagi penyelidik. Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada mahasiswa dan mahasiswi pelajar Fakulti Pendidikan bagi program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sukan Dan Rekreasi. Bagi pemilihan sampel kajian pula, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan secara rawak bertujuan iaitu sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciri-ciri atau kriteria oleh pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Sebanyak 30 keping borang soal selidik yang ada akan diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan.

8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1 Jantina


Seramai  30 Responden dipilih iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan. 30 responden tersebut merupakan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia dlam kejohanan Masum baru-baru ini.

8.2 Status Atlet

Kesemua status atlet berbeza mengikut pencapaian tertinggi iaitu antarabangsa, kebangsaan dan negeri.  Seramai 7 orang atlet kebangsaan, 15 orang peringkat kebangsaan dan 8 orang peringkat negeri.

 8.3 Pencapaian Akademik Dan Sukan Atlet Seiring

Kesemua atlet bependapat bahawa prestasi akdemik dan sukan atlet perlu seiring tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan.


8.4 Pencapaian Akademik Mempengaruhi Pencapaian Sukan

Pencapaian akademik atlet mempengaruhi pencapaian sukan atlet. Seramai  4 orang bersetuju dan 9 orang kurang bersetuju. Seramai 8 orang atlet lelaki tidak bersetuju manakala  3 orang atlet perempuan turut tidak bersetuju.


 8.5 Tempat Belajar Mempengaruhi Akademik  Atlet

Seorang atlet lelaki sangat bersetuju tempat belajar mampu mempengaruhi  akademik atlet . Seramai 14 orang atlet setuju bahawa tempat belajar penting dalam akdemik atlet. Terdapat 10 orang atlet kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut yang terdiri daripada 4 lelaki dan 6 orang perempuan.

8.6 PNGK Terkini Atlet



8.7 Atlet Yang Tidak Mempunyai Akademik Yang Kurang Memberangsangkan Tidak Dibenarkan Mewakili Universiti


Terdapat 20 orang atlet tidak bersetuju manakala 10 orang atlet bersetuju dengan cadangan tersebut

 8.8 Adakah Kelas Khas Untuk Atlet Yang Mempunyai Masalah Akdemik Perlu Diwujudkan
Terdapat 9 orang atlet menyatakan kelas perlu diwujudkan yang terdiri daripada 7 atlet lelaki dan 2 atlet perempuan. Baki selebihnya  menyatakan tidak perlu kelas khas diwujudkan.




8.9 Adakah Atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akdemik perlu diberi anugerah
Kesemua atlet bersetuju bahawa anugerah perlu diberikan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.




9.0 PERBINCANGAN DAN SARANAN
Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa kesemua atlet mengatakan pencapaian sukan dan akademik perlu seiring. Hal ini menunjukkan bahawa semua atlet sedar akan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa walaupun sibuk bermain sukan. Namun, ramai yang tidak setuju bahawa prestasi akademik mempengaruhi pencapaian sukan. Semua pencapaian tidak kira akademik mahupun sukan itu bergantung atas usaha gigih mereka dan komitmen mereka terhadap tugas tersebut.
Sebagai saranannya, pihak berwajib haruslah menjaga kebajikan atlet dengan menyediakan kelas imbuhan bagi mereka yang tidak dapat hadir ke kelas kerana mewakili universiti dalam sukan. Hal ini bagi memastikan para atlet tersebut tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Saranan kedua, pihak universiti perlulah memberi penghargaan kepada atlet yang telah mengharumkan nama UKM dan memberi anugerah kepada mereka yang cemerlang dalam akademik. Hal ini akan menimbulkan semangat dalam kalangan atlet tersebut untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.
Akhir sekali, atlet itu sendiri harus mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka harus sedar bahawa akademik dan sukan mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, mereka haruslah bijak dalam membahagikan masa untuk belajar dan juga bersukan.

10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, prestasi akademik mahupun prestasi sukan amatlah penting pada masa kini. Prestasi akademik dan sukan haruslah seiring. Pentingnya sukan maka penting jugalah akademik bagi seseorang atlet. Hal ini kerana semua majikan akan menelitit kedua-dua aspek untuk diambil bekerja. Oleh itu, para atlet haruslah berusaha sedaya upaya agar mampu mengimbangi kedua-dua aspek tersebut.



11.0 RUJUKAN
Juslimah Jani , 2006. Peranan Guru Dalam Memacukan Pembangunan sukan di Malaysia: Kertas kerja yang telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Lim Chew Sin , 1991. Satu kajian pencapaian akademik di kalangan pelajar atlit  dan bukan atlit.
Mohd Razali Abdullah , 1983. Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit di Sekolah
Mohd Yusoff Man , 1983. Sejauhmana penglibatan murid-murid dalam gerakerja ko-kurikulum di             sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Projek Khas   Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan  Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti : Kuala Lumpur
Mohd. Izham Mohd. Hamzah, Sufean Hussin, 2009. Pengurusan perubahan terancang dalam pembestarian sekolah proses pelaksanaan polisi : Universiti Malaya.
Abdul Halim Bin Abdul Wahab. 2000. Amalan Pengurusan Sukan Dalam Meningkatkan Kecemerlangan, Pahang: Penerbit IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Abdul Rashid Mohamed & Mohamad Daud Hamzah. 2012. Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Wilayah Persekutuan Labuan: Labuan International Conference on Educational Research.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, Selangor: Jurnal Pendidikan.
Azlina Bt. Mohd. Kosnin & Bilhorn B. Defrin. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.




12.0 LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
Bahagian A: Demografi Responden
Arahan: Sila tandakan (/) atau tulis dipetak yang berkenaan.

1.      Agama: _________________________

2.      Jantina:                        Lelaki        (    )
                                                Perempuan (    )

        3.    Umur:           Sila nyatakan: ______________________

        4.    Bangsa:                    Melayu            (     )
                                                Cina                  (     )
                                                 Iban                (     )
                                                Bidayuh          (     )
                                                Lain-lain:­­­­­­  ___________________(Sila nyatakan)


          5.   Status Atlet :                       Sekolah          (     )
                                                            Serantau         (      )
                                                            Kebangsaan    (     )
                                                            Antarabangsa  (     )

Bahagian B: Persepsi Atlet Mengenai Pencapaian Akademik dalam Sukan
Arahan: Sila tandakan (/) pada skala yang disediakan.
Skala
1
2
3
4
5
sangat setuju
setuju
kurang setuju
tidak setuju
Sangat tidak setuju
Bil

Item-item
Skala
1
2
3
4
5
1
Pencapaian akademik dan sukan atlet adalah seiring





2
Prestasi akademik lebih baik sebelum atlet menceburkan diri ke dalam bidang sukan





3
Sukan sangat membantu dalam meningkatkan prestasi akademik seseorang atlet





4
Atlet yang cemerlang bijak membahagi masa belajar dan bersukan dengan baik





5
Atlet wanita menunjukkan prestasi lebih baik





6
Pihak pengurusan sukan memastikan maklumat pembelajaran atlet adalah terbaru





7
Atlet lelaki menunjukkan prestasi sukan lebih baik





8
Atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik perlu diberi anugerah





9
Tempat belajar yang baik memberi pengaruh kepada atlet untuk mendapat cemerlang dalam akademik





10
Pihak pengurusan sukan perlu menyediakan guru khas  untuk mengajar subjek tertentu





11
Masa belajar diberi lebih banyak daripada masa latihan





12
Atlet terpilih sahajayang perlu mengikuti latihan intensif





13
Seorang atlet wajib fokus kepada satu bidang sukan sahaja supaya akademik tidak terjejas





14
Menggalakan atlet yang lemah dalam akademik untuk mengurangkan penglibatan dalam sukan





15


Atlet menjadi lebih aktif dalam akademik setelah mengikuti latihan dalam sukan